Wednesday, February 11, 2015

Kadang kadang aku rasa apa yang tak kena dengan aku?

Suka orang. Tapi orang tak suka.

Masuk kali ni, ini kali kedua Allah uji hati aku.

Sakit. Sakit rasa dia.

Errmm, pelik. Bila suka someone, tapi...
Unrequited love. Kan sakit rasa dia tu.

Tapi aku tak salah kan sesiapa.
Sebab rasa dalam hati tu Allah yang hadirkan.
Mungkin tak ada rasa yang Allah hadirkan dalam hati dia untuk aku.

Tapi kenapa aku ja yang asyik kena macam tu?
Pernah sekali, aku mengadu dekat Kak ****, dia cakap maybe jodoh awak berat.

Hmm, idak tau la.
Macam aku sedia maklum,
Jodoh, ajal, rezeki, semua dari Allah.
Rahsia Allah.

Tak pernah sekali aku miss untuk di kurniakan jodoh yang baik.
Bila jumpa orang yang aku rasa bagi aku cukup baik, mesti takkan work out perasaan dia untuk aku.

Macam aku cakap tadi. 2 times. God tests my heart.
And frankly speaking, Im not that strong to bear this feeling.
Hurt worst.

Tapi tak pa. Semua jadi mesti ada hikmah.
The least I can do is praying. Keep praying. Praying and praying.

Amin. Semoga apa yang datang di masa akan datang adalah apa yang aku impikan.
Aku kena sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah.

Insyallah, semua yang datang adalah yang terbaik.
Mungkin bukan sekarang hikmah tu aku dapat nampak.
So, bersabarlah.

*nukilan hati bila home alone 

Sunday, January 4, 2015

Kau Bukan Tercipta Untuk Ku

Assalamualaikum :)


Senah kembali lagi. Cewah. Hikhik hikssss.

Semalam Senah keluar dengan Puan Omak. Pergi ambil barang dekat rumah kawan Puan Omak.
Senah tak expect Puan Omak nak menyinggah sampai masuk ke dalam rumah.
Jadi dengan berbekalkan selipar yang dua tiga hari lagi nak terputus talinya, Senah ajak Puan Omak begini

 "Mak, jom la. Kata nak keluaq. Satni lambat".

Kompiden habis Senah dengan T-shirt lusuh. Seluar penuh cat ( sebenarnya seluar tu kena cat masa senah buat gotong  royong dekat tempat kerja Senah. Senah sedar semua tu. Tapi apakan daya, seluar tu sangat sedap bila di pakai. Peduli hape kotor ke, cat ke, tahi ke, janji selesa.) dan jugak berbekalkan Tudung Express bak kata orang zaman dolu dolu, kereta ihsan dari Puan Omak meluncur laju ke rumah Si polan tersebut.

Pusing punya pusing, 2 kali baru jumpa rumah. (biasa.. Bandar Laguna Merbok tu macam stress sikit nak cari rumah. )
Bila sampai je depan rumah tu, tetiba Puan Omak cakap gini

"Haaa dok tunggu apa lagi. Matikan la engine. Jom la"

" Jom nak p mana???"

"Turun. Nak ambik barang"

"Aaaa. Mak, Ummi pakai selipar ja ni. Tak habaq tadi sampai nak kena turun mengadap orang."

"Sapa suruh pakai selipar?"

Aaa sudah. Senah jugak dipersalahkan.
Nak tak nak turun la Senah dengan berbekalkan selipar yang........   Malu nak cakap. Tak yah cakap la ekh.

Lagi best Si Polan tu cakap cenggini " Eh mai la masuk dulu. Minum2 dulu. Kalut nak p mana"

Ehh Pokcik ni. Lempang jugak haa. Awak tak nampak ke Senah pakai baju apa ni.
Muka Senah memang menebal. Masuk jugak. Senah redha ja kalau Pokcik ni ada anak teruna yang gantang macam Zul Ariping. Memang redha habis.

Tapi nasib Senah baik. Yang ada cuma si kecil cantik manis aje. So Senah belasah secawan Teh, Kerepek Pisang sikit. Then rasa ehh macam lama je mak ni berborak, Senah pun bagi la isyarat mata dekat Puan Omak.

Maka beransur lah kami anak beranak. Dalam kereta Senah cakap la cenggini dekat Puan Omak,

"Mak lain kali kalau nak singgah menyinggah, bagi tau la awal. Umi pakai proper sikit. Ini..aduh. Macam anak terbiar"

"Alah, Tak pa aih. Bukan nak p mana. Tu la sapa suruh pakai selipar. Kasut dok ada pakai la elok2. Cuba la pakai sopan sikit. Macam perempuan sikit... Bla bla bla bla bla"
(Panjang sangat. Senah tak ingat apa lagi Puan Omak leterkan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri)

*******************

3 4 hari lepas, Senah ikut Hakak dekat opis Senah keluar. Bagi flyers.
Lepas settle kerja semua, hakak tu ajak Senah tengok tengok kasut.
Senah ikutkan aje.

Sampai kedai kasut tu, dia dah terkocoh kocoh pilih kasut. Senah pusing2 jugak kot2 berkenan di hati.
Tapi belum ada yang mampu mengisi ruang hati ini...
Tetiba hakak tu tunjuk kasut pesyen ni dekat Senah.


Lebih kurang macam ni. Warna dia ja lain.
Muka Senah dah berubah. Panjang ja muncung Senah nyebut NOOOOOOOOOO

Hakak tu hampa. Dia letak kembali kasut tu yang pada penglihatan Senah agak high taste hakak ni. Cantik. Fancy. Tapi maaf. Kau bukan tercipta untuk ku. Mungkin jodoh kau dengan orang lain.

Dah habis tawaf kedai tu, kami beransur ke kedai yang lain.
Senah tak dapat agak lagi. Hakak ni cari kasut untuk Senah ke untuk diri sendiri.
Senah ngikut aje. Sebab dia belanja Senah lunch hari tu. Kihkih (Gelak tutup mulut)

Masuk kedai yang ke-2.
Pusing round round kedai ( eleh bukan besau mana pun kedainya. )
Dia mencuba untuk kali kedua. Tapi kali ni agak pendek sedikit tumit kasut tu.


Lagi sekali dia kecewa.

"Sorry kak, Not interested."

"Kamu minat yang macam mana. Ambik la satu. Akak nak belanja ni."

Terbeliak mata Senah bila dia cakap nak belanja. Dah sengih sengih dah. Tapi......

"Tapi, kamu kena ambik yang ada tumit sikit. Jangan yang flat."

DAMN!!

"Tak pa la kak. Tak berkenan"


Kali ketiga dia mencuba.

Hampa.

Kesian. Tapi. hahahahahha Maap lah. Bukan sekarang.
Heels bukan tercipta untuk Senah sekarang ni.
I would prefer something like this


OR this... :)




Rare. Selesa. Cool. Boleh berlari dengan pantas bila dikejar hanjing. Boleh berjalan dengan lebih pantas andai tetiba terjumpa Zul aripin. Dan jugak sesuai untuk Senah.


Tapi hakak tu tak berputus asa untuk merubah Senah menjadi lebih wanita.

 Di belikan Senah ini dekat Watson.


Senah pun ambik. Sebab nak tak nak memang kena calit jugak benda alah ni bila masuk kerja..
Selalu sangat kena tegur takde makeup takde bedak. Mana lipstick.
So, Senah ambik. Wei barang free kan.
Kau tak nak pakai pun, simpan.
Nanti esok2 dah berubah, pakai la.

Heels, bukan dicipta untuk Senah buat masa sekarang.
Dan Senah rasa kerja Senah ni macam stress dengan pakaian nya. Makeup nya.
Tapi nak buat cemana. Nama pun kerja.

Maaf Cik Heels.
3 kedai aku masuk. 3 3 aku reject kau. Bagi Senah sedikit masa untuk berubah.
Bukan sekarang.

"Kau bukan tercipta untuk ku."


The End.